top of page

“Seronok dapat berjalan jauh” — Isteri warga emas hilang di laut kongsi mimpi

  • Adi Dit
  • Sep 2, 2025
  • 1 min read


TUMPAT, 2 Sept 2025 — Isteri kepada warga emas yang dikhuatiri hilang di laut sejak Ahad, Che Bunga Yaakob, 63, berkongsi bahawa beliau bermimpi suaminya hadir dengan senyuman dan berkata “seronok dapat berjalan jauh”.


Che Bunga berkata, suaminya Ahmad Husin, 71, keluar memancing dengan bot fiber miliknya di perairan Tumpat dan belum pulang sejak itu. Sejak seminggu lalu, katanya, Ahmad menjadi lebih pendiam serta mengadu tidak sihat, batuk dan sesekali sesak nafas. Pada Khamis, suaminya turut meminta beliau memotong kuku tangan dan kaki — permintaan yang tidak pernah dibuat sebelum ini.


Beliau ditemui di Pangkalan Hadapan Carilamat Maritim Malaysia (APMM) Pantai Geting, tempat operasi mencari dan menyelamat diselaras. Keluarga dan penduduk kampung turut mengadakan solat hajat memohon dipermudahkan pencarian.


“Kami tetap berharap ada keajaiban. Saya cuma mahu suami ditemui secepat mungkin, dalam apa jua keadaan — asalkan ada jasadnya,” katanya.

Comments


bottom of page