top of page

Sepasang Doktor Hospital Melaka Dicekup Berkhalwat di Rumah Teres

  • Writer: Camelia K
    Camelia K
  • Jul 30, 2025
  • 1 min read

MELAKA – Sepasang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Melaka ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah teres setingkat di Taman Semabok Perdana, Semabok, petang Selasa.


Serbuan dijalankan sekitar jam 3.25 petang hasil maklumat awam. Ketika penguat kuasa tiba, pasangan itu dipercayai cuba bersembunyi sebelum akhirnya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit.


Menurut sumber, rumah tersebut turut disewa bersama dua rakan lelaki yang tidak berada di lokasi ketika kejadian. Doktor lelaki terbabit turut mempersoalkan tindakan pemeriksaan oleh penguat kuasa sebelum mereka dibawa ke pejabat JAIM.


Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Rahmad Mariman, mengesahkan kedua-dua individu berusia 26 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka.


“Ketika ditahan, mereka berpakaian lengkap. Selepas siasatan, pasangan ini dibebaskan dengan jaminan,” katanya.


Serbuan turut disertai imam masjid, anggota polis serta penduduk setempat yang berada berhampiran lokasi. Kes kini dalam siasatan JAIM.

Comments


bottom of page