Ringgit Malaysia Terus Kukuh, Pembangkang ‘Senyap Sunyi’ – Anwar Ibrahim
- TW
- Jun 20
- 1 min read
PUTRAJAYA, 20 Jun 2025 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengulas prestasi cemerlang Ringgit Malaysia yang mengukuh sebanyak 5.2% berbanding dolar AS setakat 18 Jun lalu, menempatkan mata wang negara sebagai salah satu yang terbaik di rantau Asia.
Beliau menyatakan bahawa pengukuhan ringgit ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap ketahanan ekonomi Malaysia serta keberkesanan rangka cabaran Ekonomi Madani. Ringgit juga mencatat peningkatan berbanding beberapa mata wang utama serantau seperti Rupiah (6.3%), RenMinBi (3.6%), Peso Filipina (3.2%), dolar Australia (0.6%) dan Baht Thailand (0.1%).
Namun, Anwar menyindir reaksi panas pembangkang terhadap kelemahan ringgit sebelum ini, yang menurutnya senyap sebaik mata wang negara mengukuh. Beliau membandingkan dua situasi itu menerusi kata-kata pedasnya:
“Bila kukuh senyap sunyi, tapi bila lemah sedikit, riuh rendah.”
Beliau juga menegaskan bahawa pelaksanaan dasar fiskal yang teratur telah membolehkan kerajaan mengurangkan hutang negara secara efektif ― dari RM100 bilion pada 2022, turun kepada RM85 bilion pada 2024, dan dijangka RM80 bilion pada tahun ini.
Menurut Anwar, penurunan RM20 bilion itu menandakan keberhasilan dalam mengawal fiskal negara dan memperkukuh kedudukan ekonomi Malaysia.
Anwar berharap trend pengukuhan ringgit ini dapat dikekalkan, dan menegaskan bahawa kerajaan akan terus berpegang kepada dasar Ekonomi Madani demi kestabilan dan kemakmuran jangka panjang.







Comments