top of page

Penjawat Awam Rugi RM82,000 Diperdaya Sindiket Pelaburan Pelancongan

  • Writer: Camelia K
    Camelia K
  • Jul 30, 2025
  • 1 min read

CHUKAI – Seorang penjawat awam berusia 41 tahun kerugian lebih RM82,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan pelancongan yang menjanjikan pulangan tinggi.


Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Razi Rosli, berkata mangsa diperkenalkan kepada skim itu melalui kenalan wanita dari Indonesia menerusi aplikasi WhatsApp.


“Tertarik dengan janji keuntungan lumayan, mangsa membuat 10 transaksi ke tiga akaun bank berbeza antara 10 hingga 27 Julai, berjumlah RM82,196. Namun, tiada sebarang pulangan diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mangsa membuat laporan polis selepas menyedari ditipu.


Sehubungan itu, polis mengingatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan syarikat pelaburan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebelum membuat sebarang pelaburan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Comments


bottom of page