top of page

Masih awal untuk nilai warden MRSM dalam kalangan pesara tentera — Asyraf Wajdi

  • Adi Dit
  • Sep 2
  • 1 min read


KUALA LUMPUR, 2 Sept 2025 — Projek rintis penempatan warden daripada kalangan bekas anggota tentera di MRSM Balik Pulau (Pulau Pinang) dan MRSM Besut (Terengganu) menunjukkan petunjuk awal yang positif, namun masih terlalu awal untuk membuat penilaian muktamad, kata Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.


Beliau menjelaskan inisiatif itu bertujuan menangani isu buli di sekolah berasrama, dan setakat ini menerima maklum balas baik daripada ibu bapa. Namun penilaian rasmi hanya akan dibuat selepas tempoh kajian enam bulan yang sedang dijalankan oleh Institut Kajian Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM).


“Perkembangan setakat ini positif, tetapi masih pramatang untuk saya mengulas. Biarkan tamat dahulu ‘iddah’ enam bulan kajian UPM,” katanya ketika mengulas pelaksanaan projek rintis yang turut dikongsikan di Facebook beliau pada 21 Ogos lalu.

Menurut Asyraf Wajdi, dapatan kajian berkenaan akan dibentangkan bagi menilai keberkesanan pendekatan dan perkara yang perlu ditambah baik. Jika keputusan memuaskan, MARA akan mempertimbang perluasan penempatan warden pesara anggota beruniform ke semua 57 MRSM di seluruh negara.


Beliau menegaskan, pengambilan warden dilakukan secara sepenuh masa, melalui tapisan ketat, dan berpandukan garis panduan jelas mengenai skop tugas bagi memastikan aspek disiplin dan kebajikan pelajar diperkukuh dengan cermat.

Comments


bottom of page