top of page

KTMB Sedia Dua Tren ETS Tambahan Sempena Musim Cuti

  • Writer: Camelia K
    Camelia K
  • Jul 30
  • 1 min read

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan ETS tambahan bagi laluan KL Sentral – Padang Besar sempena cuti sekolah penggal kedua dan cuti umum yang bakal tiba.


Menurut KTMB, tren tambahan itu akan beroperasi selama 18 hari, bermula 28 Ogos hingga 21 September 2025. Tempoh ini turut meliputi sambutan Hari Kebangsaan, Maulidur Rasul dan Hari Malaysia.


Setiap tren menawarkan 630 tempat duduk sehari, termasuk kelas perniagaan. Secara keseluruhan, lebih 11,000 tiket disediakan sepanjang tempoh tersebut.


Jadual perjalanan kekal seperti sedia ada, dengan tren dari Padang Besar berlepas pada 11.05 pagi, manakala dari KL Sentral pada 5.00 petang.


KTMB menasihatkan orang ramai membeli tiket lebih awal melalui aplikasi KITS Style bagi mengelakkan kehabisan tiket serta tiba 30 minit sebelum tren berlepas kerana pintu stesen akan ditutup lima minit sebelum waktu keberangkatan.


Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman rasmi KTMB atau menghubungi talian 03‑9779 1200.

Comments


bottom of page