Kerajaan Fokus Luas Ruang Fiskal, Kekalkan Subsidi Bersasar — Amir Hamzah
- Adi Dit
- Sep 2, 2025
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 2 Sept 2025 — Kerajaan memberi tumpuan untuk meningkatkan ruang fiskal bagi mempercepat penambahbaikan infrastruktur asas seperti sekolah dan klinik, di samping meneruskan peralihan daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau mencontohkan penyasaran tarif elektrik bermula Julai 2025 yang mengurangkan bil sehingga 14% bagi kumpulan M40, sambil menegaskan sekitar 85% rakyat tidak terkesan oleh langkah penyasaran tersebut. Perubahan kaedah ini, katanya, membantu mengurangkan beban fiskal negara.
Menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai sokongan kepada M40 susulan tekanan kos sara hidup, Amir Hamzah berkata kerajaan menilai pelbagai kaedah penentuan kelayakan. Walau bagaimanapun, pendekatan yang menilai setiap isi rumah secara terperinci (mengikut lokasi, tanggungan dan perbelanjaan tetap) diakui kompleks dan belum bersedia dilaksanakan buat masa ini.
“Buat sementara, kerajaan meneruskan penyasaran subsidi melalui kaedah lain serta bantuan yang lebih disasar sebagai langkah intervensi,” katanya.



Comments