JPJ Perluas Saluran Pendaftaran JPJeID di Institut Memandu
- Camelia K
- Aug 6
- 1 min read
PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula memperluas saluran pendaftaran JPJeID ke semua Institut Memandu (IM) di seluruh negara bermula hari ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata JPJeID adalah akaun dengan ID pengguna dan kata laluan yang diperlukan setiap warganegara untuk mengakses portal awam MySIKAP serta aplikasi MyJPJ.
Menerusi akaun ini, orang ramai boleh melaksanakan 38 jenis urus niaga JPJ secara dalam talian, termasuk perkhidmatan berkaitan pelesenan pemandu.
“Sebagai contoh, individu yang lulus Ujian Kurikulum Pendidikan Pemanduan (KPP01) kini boleh terus memohon Lesen Belajar Memandu (LDL) melalui portal MySIKAP. Setelah pembayaran berjaya, lesen itu akan dipaparkan secara digital menerusi aplikasi MyJPJ,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Aedy Fadly berkata, calon belajar memandu dan orang awam kini boleh mendaftar JPJeID di mana-mana institut memandu untuk memudahkan pelbagai urusan tanpa perlu hadir ke kaunter.
Beliau menambah, langkah ini menyokong usaha JPJ ke arah pendigitalan penuh perkhidmatan jabatan bagi meningkatkan kemudahan kepada rakyat.







Comments