Inkues Kematian Zara Qairina: Mahkamah Koroner Tetapkan Tarikh Sebutan Kes
- E. Guan
- Aug 18
- 1 min read
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini menetapkan tarikh sebutan kes bagi prosiding inkues untuk menentukan punca dan sebab kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu yang ditemui tidak sedarkan diri di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah.
Namun, setakat ini masih belum ada maklumat lanjut mengenai sama ada prosiding penuh inkues akan dimulakan dalam masa terdekat atau sebaliknya.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Hamid Ismail, tarikh yang ditetapkan hari ini hanya bagi sebutan kes dan bukan permulaan inkues sepenuhnya.
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan asrama sekolah pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.







Comments