top of page

Harga Diesel di Semenanjung Turun 5 Sen Mulai 21 Ogos – MOF

  • Writer: Camelia K
    Camelia K
  • Aug 20, 2025
  • 1 min read

KUALA LUMPUR – Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia akan turun sebanyak lima sen kepada RM2.85 seliter bermula Khamis ini, bagi tempoh seminggu dari 21 hingga 27 Ogos 2025.


Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan bahawa penurunan itu dibuat selaras dengan pergerakan harga pasaran minyak dunia yang menjadi asas kepada pengiraan harga semasa.


Sementara itu, harga bahan api lain kekal tidak berubah. Harga RON97 terus dikekalkan pada RM3.13 seliter, manakala RON95 kekal pada RM2.05 seliter. Di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga diesel turut dikekalkan pada RM2.15 seliter.


Menurut MOF, penetapan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).


“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.

Comments


bottom of page