top of page

Gempa Bumi 8.7 Gegar Rusia, Malaysia Tidak Terjejas

  • Writer: Camelia K
    Camelia K
  • Jul 30, 2025
  • 1 min read

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, pagi tadi tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa berlaku pada jam 7.24 pagi waktu Malaysia, dengan pusat gegaran terletak 107 kilometer tenggara Petropavlovsk Kamchatskiy pada kedalaman 42 kilometer.


Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) turut melaporkan gempa itu berpusat 126 kilometer ke timur-tenggara bandar tersebut.


Media antarabangsa melaporkan beberapa negara termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Filipina dan Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gegaran berkenaan.


MetMalaysia mengesahkan keadaan di Malaysia kekal selamat dan tiada amaran tsunami dikeluarkan bagi negara ini.

Comments


bottom of page