6 Lokasi di Malaysia Alami Gelombang Haba Luar Biasa
- Adi Dit
- Aug 5
- 1 min read
Sebanyak enam lokasi di Malaysia mencatat suhu panas ekstrem antara 35°C hingga 37°C selama tiga hari berturut-turut akibat fasa Monsun Barat Daya yang dijangka berlanjutan hingga pertengahan Oktober.
Tiga lokasi di Semenanjung ialah:
Bandar Baharu (Kedah)
Selama (Perak)
Temerloh (Pahang)
Manakala di Malaysia Timur pula:
Limbang (Sarawak)
Tenom dan Pitas (Sabah)
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan:
Sebanyak 3,300 telaga tiub disediakan bagi elak kebakaran hutan.
JBPM telah diarahkan bersedia dan buat pembersihan.
Aktiviti luar bagi pelajar dan jabatan kerajaan mungkin dijadual semula.
Situasi dipantau rapi oleh NADMA, MetMalaysia, JPS dan GDM.
Beliau turut turun padang memantau Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Bukit Merah, Perak.







Comments