top of page

Zahid: Dakwaan Tukar Kepimpinan UMNO Sabah Hanya Usaha Pecah-Belah Parti

  • E. Guan
  • Aug 4
  • 1 min read

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan bahawa kepimpinan pusat akan menggantikan barisan tertinggi UMNO Sabah seperti yang didakwa baru-baru ini. Beliau menegaskan bahawa tiada sebarang niat untuk menukar mana-mana pemimpin di negeri itu dan menyifatkan khabar angin tersebut sebagai usaha pihak tertentu untuk memecahbelahkan parti.


“Saya tidak pernah berniat untuk menukar sesiapa. Mengapa? Adakah kamu yang cadangkan supaya mereka ditukar? Kamu patut soal dari mana datangnya khabar angin itu. Mereka mahu lihat kita berpecah kerana kita kini berada dalam keadaan kukuh. Segala isu dalaman parti telah berjaya kita selesaikan,” katanya.


Zahid berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan malam tadi yang turut dihadiri Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta pimpinan UMNO-BN dari seluruh negara.


Dalam ucapan sama, beliau turut memaklumkan bahawa Barisan Nasional telah menyelesaikan pembahagian kerusi serta bentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah. Bagaimanapun, sebarang rundingan lain oleh Pakatan Harapan dengan pihak luar tidak menjadi tanggungjawab Barisan Nasional, tegasnya.

Comments


bottom of page