top of page

Warga China Ditahan Kerana Tinggal Melebihi Tempoh di Malaysia

  • Adi Dit
  • Aug 5
  • 1 min read

BUKIT KAYU HITAM, 3 Ogos 2025 – Seorang lelaki warga China berusia 39 tahun telah ditahan oleh pihak berkuasa di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kerana disyaki melanggar tempoh sah tinggal di Malaysia.


Menurut kenyataan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), suspek ditahan kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin semasa pemeriksaan dokumen rutin ketika cuba keluar dari Malaysia menuju ke Thailand.


Hasil semakan mendapati lelaki tersebut kali terakhir masuk ke negara ini pada 30 Mei 2025 melalui Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor. Namun, Pas Lawatan Sosial yang diberikan telah tamat tempoh dan tiada rekod rasmi menunjukkan beliau keluar dari negara sebelum ini.

Keadaan ini menunjukkan suspek telah tinggal di Malaysia melebihi had yang dibenarkan selama 34 hari.


Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan telah diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut.

Comments


bottom of page