top of page

UMNO Diingatkan Hentikan ‘Politik Sate’ untuk Kembali Kuat dan Menangi PRU16

  • TW
  • Jul 21
  • 1 min read

BUKIT GANTANG, 20 Julai 2025 – Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung UMNO, menyeru seluruh anggota parti dari peringkat nasional hingga akar umbi supaya menolak budaya ‘politik sate’ demi memulihkan kekuatan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke‑16. Beliau menggambarkan fenomena ini sebagai budaya perpecahan di mana wujud wira-wira kecil dalam parti yang berperanan sebagai “penyambung lidah” atau “pendongeng” untuk mencetuskan perselisihan pandangan di kalangan pemimpin dan ahli akar umbi.


Beliau memberi amaran bahawa amalan seperti ini bukan sahaja melemahkan semangat kesatuan, malah turut mengalihkan fokus UMNO daripada tujuan asal perjuangannya – iaitu mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. “Kita perlu hentikan budaya yang mewujudkan kumpulan berlainan dalam parti, berhenti daripada mengapi-apikan dan mencipta jurang sesama ahli,” katanya pada Majlis Mesyuarat UMNO Bahagian Bukit Gantang hari ini.


Asyraf Wajdi juga menegaskan bahawa UMNO harus kembali kepada landasan perjuangan asal, mengekalkan semangat kebersamaan dan memastikan setiap tindakan dilakukan untuk kepentingan bersama serta kesejahteraan negara. Beliau berkata, usaha menjaga dan memelihara hak agama, bangsa dan tanah air adalah lebih utama daripada melayan politik dalaman yang menghiaskan parti dengan sifat perpecahan

Comments


bottom of page