Tun M Ingatkan Melayu Perlu Satu Payung Besar
- E. Guan
- Sep 29, 2025
- 1 min read
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa kewujudan lebih daripada satu “payung besar” politik hanya akan mengundang perpecahan serta membawa kekalahan.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, walaupun cadangan menubuhkan satu payung besar menerima sambutan baik, timbul kebimbangan apabila ada pihak didakwa mempunyai kepentingan tersendiri untuk merebut jawatan Perdana Menteri melalui penubuhan payung masing-masing.
“Akibatnya akan wujud dua, tiga atau lebih payung besar, lalu orang Melayu akan berpecah dengan menyertai payung-payung ini,” katanya dalam kenyataan.
Menurut bekas Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, keadaan ini tidak ubah seperti penubuhan parti politik yang akhirnya menyebabkan orang Melayu berpecah. Beliau menekankan bahawa sebenarnya pengundi Melayu mempunyai cukup kerusi untuk menang pilihan raya dan membentuk kerajaan, dengan syarat mereka bersatu di bawah satu platform.
Namun, katanya, tujuan orang Melayu bukanlah untuk membentuk kerajaan yang seratus peratus terdiri daripada kaum Melayu sahaja. Sebaliknya, seperti Perikatan dahulu, kerajaan campuran boleh dibentuk bersama kaum Cina, India dan etnik lain.



Comments