SPRM akan pulihkan RM12 juta dalam kes Sapura Energy
- Adi Dit
- Sep 9, 2025
- 1 min read
PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil langkah mendapatkan semula dana berjumlah RM12 juta yang dikaitkan dengan dua kes melibatkan syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata usaha itu dibuat selepas pihaknya menerima persetujuan daripada Timbalan Pendakwa Raya.
“Siasatan melibatkan Sapura Energy membabitkan dua kes yang pernah saya sebut sebelum ini, berkait dengan dana RM12 juta pada tahun 2018. Dengan persetujuan Timbalan Pendakwa Raya, SPRM akan melaksanakan proses pemulihan wang tersebut,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM hari ini.
Terdahulu, SPRM telah membuka beberapa kertas siasatan berkaitan Sapura Energy, termasuk tindakan membekukan puluhan akaun bernilai lebih RM158 juta. Kes ini terus menjadi tumpuan kerana melibatkan dana besar dan kepentingan awam.
Berita lanjut mengenai proses pemulihan dana dijangka diumumkan dalam masa terdekat.







Comments