Soffi Jikan Dirawat di Hospital Akibat Denggi dan Kencing Tikus
- Adi Dit
- Aug 5, 2025
- 1 min read
KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal Soffi Jikan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh selepas disahkan menghidap demam denggi dan jangkitan kencing tikus. Keadaan kesihatannya dilaporkan stabil.
Soffi, atau nama penuhnya Mohamad Shoffi Jikan, 54, mengesahkan perkara itu melalui mesej ringkas kepada media, namun tidak menyatakan bila dia akan dibenarkan keluar dari hospital.
Terdahulu, tular satu video di TikTok memaparkan keadaan semasa Soffi di hospital, dipercayai dimuat naik oleh rakan rapatnya, Hasyim. Menurutnya, Soffi pada awalnya dimasukkan ke wad selama enam hari sebelum keluar, namun terpaksa dimasukkan semula apabila mengalami demam semula serta jangkitan kuman di bahagian hati dan dada.
Soffi turut berkongsi kronologi keadaannya di media sosial, mendedahkan bahawa demam bermula selepas pulang dari Sabah. Walaupun sempat menyambung kerja penggambaran di Johor dan Perlis, dia kemudian mengalami strok haba serta jangkitan kuman yang memaksanya dimasukkan ke hospital semula.
Ramai netizen tampil mendoakan agar pelakon filem KL Gangster itu segera sembuh dan kembali aktif seperti biasa.



Comments