top of page

Sean 'Diddy' Combs Tidak Dibenar Ikat Jamin, Tunggu Hukuman di Penjara

  • Writer: Camelia K
    Camelia K
  • Aug 6, 2025
  • 1 min read

NEW YORK – Mogul muzik dan fesyen, Sean 'Diddy' Combs, akan terus ditahan di penjara selepas hakim persekutuan menolak permohonan ikat jamin bernilai AS$50 juta yang dikemukakan pasukan pembelaannya.


Hakim Daerah AS, Arun Subramanian, menegaskan Combs gagal membuktikan dirinya tidak berisiko melarikan diri atau membahayakan orang awam jika dibebaskan.


Combs, 55, disabitkan atas dua pertuduhan berkaitan paksaan seksual, walaupun dibebaskan daripada dakwaan lebih berat termasuk pemerdagangan seks dan konspirasi jenayah terancang.


Beliau ditahan sejak September 2024 selepas didakwa memaksa dua bekas teman wanitanya terlibat dalam hubungan seks dengan pekerja seks lelaki sambil beliau menonton dan merakam.


Peguam Combs berhujah hubungan itu berlaku secara suka sama suka, namun mahkamah mendapati terdapat unsur paksaan dan kekerasan.


Surat sokongan daripada bekas teman wanitanya, Virginia Huynh, yang menyatakan Combs telah berubah, juga tidak mengubah keputusan hakim.


Combs kini menunggu hukuman yang dijadualkan Oktober ini dan berdepan hukuman maksimum 10 tahun penjara di bawah Akta Mann. Hakim mempunyai kuasa penuh menentukan tempoh hukuman berdasarkan bukti serta kesan terhadap mangsa.

Comments


bottom of page