Raja Sara: Suara Akmal Cerminan Kemarahan Ahli UMNO Terhadap DAP
- E. Guan
- Aug 25
- 1 min read
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Salleh dilihat berjaya membangkitkan semangat ahli UMNO di peringkat akar umbi yang sebelum ini memilih berdiam diri apabila beliau lantang menyuarakan isu berkaitan DAP.
Exco Pergerakan Puteri UMNO, Raja Sara Petra menegaskan bahawa pendirian Akmal bukan sekadar pandangan peribadi, sebaliknya mencerminkan keresahan sebenar dalam kalangan ahli parti. Menurutnya, suara Akmal telah menghidupkan kembali “api” dalam diri ramai ahli UMNO yang sebelum ini tidak selesa dengan DAP, tetapi hanya berani meluahkan di kedai kopi atau surau.
Raja Sara, anak kepada blogger tersohor Allahyarham Raja Petra Kamarudin, turut menekankan bahawa isu bendera yang dibawa Akmal bukan sekadar soal kain semata-mata, tetapi sudah menjadi simbol maruah UMNO. Pertembungan yang berlaku kini, katanya, bukan lagi sekadar antara Pemuda UMNO dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), tetapi telah berkembang menjadi pertembungan langsung antara UMNO dan DAP.
Tambah beliau, keberanian Akmal mempertahankan pendiriannya telah menukar rasa kecewa ahli UMNO kepada satu bentuk perjuangan terbuka. Apa yang bermula dengan isu bendera kini telah menjadi lambang kemarahan akar umbi UMNO yang berasa terhina dan dipaksa tunduk kepada DAP. Bagi Raja Sara, inilah pertarungan yang sebenarnya telah lama ditunggu oleh ahli di peringkat akar umbi.







Comments