PRN Sabah: Zahid Tegaskan BN Pusat dan Negeri Berkerjasama, Bukan Berbezakan Pendapat
- TW
- Jun 20
- 1 min read
BANGI, 19 Jun 2025 – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini menafikan wujudnya sebarang pergeseran pendapat antara kepimpinan BN di peringkat pusat dan negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti. Menurutnya, apa yang dijalankan adalah penyelarasan strategi bagi memastikan kesiapsiagaan bersama.
Zahid menjelaskan bahawa sekiranya kenyataan berbeza kedengaran dahulu, ia adalah kerana ucapan tersebut diambil di luar konteks. Beliau menegaskan bahawa dari segi prinsip, keputusan pusat dan negeri adalah selari. Rundingan dalaman antara kepimpinan di kedua-dua peringkat juga dibuat secara berkala bagi menjamin persiapan menyeluruh PRN Sabah.
Beliau turut menyentuh mengenai kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH), menegaskan bahawa PH tidak perlu berperanan sebagai 'jambatan' antara BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Menurut Zahid, BN dan PH kini berada dalam satu kesepakatan soal kerjasama, dan perancangan melibatkan pihak lain juga sedang giat dijalankan demi keuntungan bersama.







Comments