top of page

PRN Sabah Dijangka Sebelum November - Hajiji

  • E. Guan
  • Sep 22, 2025
  • 1 min read

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka diadakan sebelum bulan November memandangkan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar secara automatik pada bulan tersebut.


Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan selain mengadakan pilihan raya lebih awal bagi memastikan kelancaran pentadbiran.


“Memang tidak lama lagi. Tunggu sahaja, bila cuaca baik kita bubar. Sebab tempoh DUN akan tamat November ini, jadi kita mesti adakan pilihan raya sebelum itu,” katanya.


Beliau menambah, walaupun ramalan kaji cuaca menjangkakan hujan berpanjangan pada November, pilihan raya tetap akan diteruskan mengikut jadual.“Itu ramalan jabatan kaji cuaca. Kita yang tentukan. Jadi tunggu saja dan teruskan sokongan kepada kerajaan hari ini,” katanya.


Hajiji berkata demikian ketika ditemui selepas menutup Konvensyen Mahasiswa Sabah 2025 di Dewan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA).Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan semua pihak agar menjaga keharmonian dan kestabilan politik negeri menjelang pilihan raya.

Comments


bottom of page