top of page

PKR Pahang Tegas Tolak Desakan Laksanakan Titah Adendum terhadap Najib Razak

  • TW
  • Jul 21
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2025 – PKR Pahang hari ini dengan tegas menolak sebarang inisiatif yang memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan titah adendum yang bertujuan membolehkan bekas Perdana Menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah.


Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh 14 Ketua Cabang PKR negeri itu, mereka merujuk kepada titah Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dikeluarkan pada 28 Februari lalu. Titah tersebut menegaskan supaya perbincangan mengenai isu adendum dihentikan kerana proses penghakiman masih berjalan di mahkamah.


“Mengalakkan semula rundingan atau tekanan terhadap YAB Perdana Menteri untuk membuat keputusan di luar proses mahkamah bukan hanya bercanggah dengan Perlembagaan, tetapi juga tidak menghormati titah Sultan Pahang sendiri,” jelas kenyataan tersebut.


Mereka turut menyeru rakyat Malaysia, khasnya di Pahang, agar terus menunjukkan rasa hormat serta taat setia terhadap institusi Raja-Raja Melayu. Tegas mereka, Anwar Abdul Bin Ibrahim berada pada landasan yang benar apabila menyatakan komitmen untuk tidak mencampuri urusan perundangan sambil berkata kesediaannya berbincang dengan pihak UMNO tetapi hanya dalam konteks politik, bukan menggugurkan prosedur undang-undang.


Titah adendum itu kelihatan sebagai satu tambahan kepada keputusan Lembaga Pengampunan, yang sebelum ini telah mengurangkan hukum penjara Najib daripada 12 tahun kepada 6 tahun serta mengurangkan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta. Najib pada masa ini sedang menunggu keputusan mahkamah sama ada adendum tersebut boleh dikuatkuasakan.


Langkah oleh Ketua-Ketua Cabang PKR ini dilihat sebagai sokongan penuh terhadap prinsip pemisahan kuasa antara badan kehakiman dan eksekutif, sejajar dengan titah Sultan yang menghargai kebebasan dan integriti mahkamah. Mereka juga menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri untuk menghormati proses kehakiman tanpa campur tangan politik.

Comments


bottom of page