Pemuda UMNO Tegas: "Enggan Laksanakan Titah Adendum Agong Ibarat Derhaka"
- TW
- Jul 17
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 16 Julai 2025 – Pemuda UMNO hari ini menggesa agar titah tambahan (adendum) Yang di-Pertuan Agong mengenai hukuman penjara terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang alasan. Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie, menegaskan kegagalan melaksanakan titah tersebut dianggap sebagai tindakan yang "derhaka kepada institusi Raja-Raja Melayu".
Mohammad Sollehin turut menegur kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, yang menyatakan bahawa prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang tidak boleh dikompromi. Lim menegaskan bahawa sabitan jenayah perlu dihormati sepenuhnya tanpa pilih kasih, supaya Malaysia tidak menjadi negara dua darjat — satu untuk golongan elit dan satu lagi untuk rakyat biasa.
Menurut Mohammad Sollehin, titah tambahan ini bukan sekadar khabar angin, sebaliknya jelas memberi kuasa kepada Agong untuk memberi pengampunan, meringankan hukuman atau menukar sisa hukuman seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara. Beliau menegaskan bahawa terdapat saluran sah dan rasmi yang mengiktiraf titah tersebut.
Dalam pada itu, Sebarang penolakan terhadap pelaksanaan titah Agong dianggap sebagai mencabar kuasa Raja-Raja Melayu, dan mereka yang mempersoalkan titah itu wajar diberi teguran serta dididik semula mengenai asas kenegaraan Malaysia.
Untuk rekod, Najib Razak kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas disabitkan atas pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram. Isu adendum ini menjadi perdebatan dalam kalangan pemimpin politik apabila cadangan supaya Najib dibenarkan menjalani baki hukuman di rumah mendapat tentangan daripada beberapa pihak, termasuk Lim Lip Eng.







Comments