top of page

Nicole Kidman dan Keith Urban Berpisah Selepas 19 Tahun Perkahwinan

  • E. Guan
  • Oct 6
  • 2 min read

Pelakon tersohor Hollywood, Nicole Kidman, 58, dan suaminya yang juga penyanyi country terkenal, Keith Urban, 57, dilaporkan berpisah selepas hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga.


Pasangan ini, yang berkahwin pada Jun 2006, dikurniakan dua anak perempuan — Sunday Rose (17 tahun) dan Faith Margaret (14 tahun). Menurut laporan Daily Mail, Kidman dikatakan terkejut dengan keputusan berpisah itu selepas beberapa bulan hidup berjauhan akibat jadual kerja yang tidak seiring.


Sebelum ini, Kidman pernah mendirikan rumah tangga dengan bintang filem Tom Cruise dari 1990 hingga 2001, dan pasangan itu mempunyai dua anak angkat hasil perkahwinan mereka.

Kali terakhir Kidman dan Urban tampil bersama di khalayak ramai ialah pada Mei lalu, ketika menghadiri Anugerah Akademi Muzik Country, di mana mereka kelihatan mesra di karpet merah. Mereka juga dilihat menonton perlawanan bola sepak di Nashville pada bulan berikutnya.


Beberapa bulan kebelakangan ini, Kidman dilaporkan menetap di London bagi menjalani penggambaran sekuel Practical Magic, sambil tinggal di rumah agam di kawasan Hampstead yang pernah dimiliki penyanyi Boy George. Sementara itu, Urban meneruskan jelajah konsert “High and Alive” di Amerika Syarikat dan Kanada yang dijadual berakhir Oktober ini.


Menurut sumber majalah Woman’s Day, hubungan mereka semakin renggang selepas kematian ibu Kidman pada September lalu.“Mereka masih berhubung setiap hari, tetapi kini Nicole lebih selesa dengan kehidupannya di London, manakala Keith sibuk dengan karier muzik di seberang benua,” kata sumber tersebut.


Pada Julai lalu, Urban dilaporkan meninggalkan sebuah temu bual radio selepas ditanya mengenai adegan berani yang dilakonkan Kidman dalam beberapa filem terbarunya.


Dalam wawancara bersama E! News pada September 2024, Kidman mengakui bahawa “tiada perkahwinan yang sempurna,” manakala dalam temubual awal tahun bersama People, beliau masih menyifatkan Urban sebagai “cinta mendalam” yang menjadi sumber kekuatannya untuk terus berkarya.

Comments


bottom of page