top of page

Muhyiddin Nafi Pertahankan Hak Warga Asing Dalam Isu Subsidi RON95

  • Writer: Camelia K
    Camelia K
  • Aug 6
  • 1 min read

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau pernah mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.


Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, Perikatan Nasional (PN) sejak dahulu konsisten bahawa pelaksanaan subsidi perlu mengutamakan kepentingan rakyat, bukannya warga asing.


“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan, sama ada dalam sidang akhbar, kenyataan media atau di mana sahaja, yang mempertahankan hak warga asing. Dakwaan itu adalah bohong dan tidak betul,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.


Beliau turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan dakwaan tersebut atau memohon maaf.


Isu ini tercetus selepas Anwar dalam sidang Dewan Rakyat menyindir pembangkang kerana didakwa mempertahankan warga asing berhubung pelaksanaan penyasaran subsidi RON95.

Kenyataan itu turut mengundang reaksi Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, yang meminta Anwar mendedahkan identiti sebenar ahli Parlimen berkenaan.


Namun, Anwar menegaskan bahawa kenyataan itu sudah dibuat oleh Muhyiddin sendiri dan meminta pembangkang membaca kenyataan ketua mereka sebelum membawa isu tersebut ke Parlimen.


“Baca kenyataan YB Pagoh yang mempersoalkan mengapa kerajaan membebankan orang asing sedangkan mereka juga memberi sumbangan kepada negara,” kata Anwar.

Comments


bottom of page