top of page

“K-Pop Demon Hunters” Catat 300 Juta Tontonan di Netflix

  • E. Guan
  • Sep 22, 2025
  • 1 min read

Filem animasi muzikal Netflix “KPop Demon Hunters” mencatat sejarah sebagai karya pertama di platform itu yang menembusi 300 juta tontonan, menurut kenyataan syarikat penstriman tersebut pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


Sejak dilancarkan pada 20 Jun, filem ini telah mengumpul lebih 314.2 juta tontonan global sehingga 14 September. Dengan lebih 300 juta pelanggan di seluruh dunia, Netflix menjelaskan angka itu secara statistik bermaksud setiap pengguna menonton sekurang-kurangnya sekali.


Netflix hanya merekodkan tontonan dalam tempoh 91 hari selepas tayangan, menjadikan kiraan rasmi untuk filem ini berakhir pada 19 September.


Dihasilkan oleh Sony Pictures Animation, filem fantasi ini mengisahkan kumpulan gadis K-pop Huntr/x, tiga wanita muda yang menjalani kehidupan berganda sebagai pemburu syaitan.

Kejayaan besar tersebut turut melonjakkan runut bunyi berunsur K-pop daripada filem itu ke carta muzik antarabangsa, termasuk dengan lirik dalam bahasa Korea.

Comments


bottom of page