top of page

Jet Li Sahkan Selamat Jalani Pembedahan Buang Tumor, Bergurau Tubuhnya Kini ‘Dibaiki di Kilang’

  • Writer: Camelia K
    Camelia K
  • Aug 20, 2025
  • 1 min read

Bintang lagenda filem aksi antarabangsa, Jet Li, mendedahkan bahawa beliau telah selamat menjalani pembedahan membuang tumor, sekaligus meredakan kebimbangan para peminat mengenai tahap kesihatannya.


Menerusi perkongsian di media sosial Douyin dan Weibo, pelakon berusia 62 tahun itu berkongsi gambar dirinya ketika berada di hospital — termasuk momen sebelum ditolak ke bilik pembedahan dan selepas prosedur selesai.


“Saya baru sahaja melalui satu lagi cabaran yang tidak dijangka,” tulisnya di kapsyen sambil berseloroh bahawa tubuhnya telah ‘rosak’ dan terpaksa dihantar ke ‘kilang’ untuk dibaiki.

Menurut laporan media Taiwan yang memetik kenyataan rakan rapatnya, Tiffany Chen, pembedahan tersebut dilakukan bagi membuang tumor benign kecil yang tidak mengancam nyawa.


Beberapa hari selepas keluar hospital, Jet Li turut memuat naik gambar dirinya menikmati semangkuk mi panas, tanda pemulihannya berjalan lancar. Dalam hantaran tersebut, beliau sempat berseloroh lagi: “Saya sudah keluar dari ‘kilang’ dan makan sesuatu yang lazat. Mi ini memang terbaik. Semoga semua sihat, selamat dan bahagia.”


Jet Li, yang kini memegang kerakyatan Singapura, sebelum ini pernah mendedahkan kepada umum bahawa beliau menghidap hipertiroidisme sejak tahun 2010 — sejenis gangguan hormon yang pernah menjejaskan fizikalnya termasuk menyebabkan penambahan berat badan dan keletihan kronik.


Perkongsian jujur dan nada positif Jet Li telah menerima ribuan reaksi dan sokongan peminat dari seluruh dunia yang lega melihatnya dalam keadaan stabil dan masih mampu bergurau seperti biasa.

Comments


bottom of page