top of page

Inter Milan Hancurkan Torino 5-0 di San Siro

  • Adi Dit
  • Aug 26, 2025
  • 1 min read


MILAN, 26 Ogos 2025 – Inter Milan memulakan kempen Serie A dengan penuh bergaya selepas membelasah Torino 5-0 dalam aksi pembukaan di San Siro, awal pagi tadi.


Marcus Thuram muncul wira perlawanan dengan dua jaringan, manakala Alessandro Bastoni, Lautaro Martinez dan Ange-Yoan Bonny turut menyumbang gol. Ia sekali gus menjadi kemenangan terbesar Inter dalam aksi pembukaan liga sejak 1961.


Dominasi Nerazzurri bermula seawal minit pertama apabila tandukan Thuram hampir membuka jaringan. Gol pertama akhirnya tiba pada minit ke-18 menerusi tandukan Bastoni, sebelum Thuram menggandakan kelebihan pada minit ke-36 hasil hantaran Petar Sucic.


Selepas rehat, Martinez menambah gol ketiga pada minit ke-52 selepas kesilapan benteng Torino. Thuram sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-62 dengan tandukan kemas, sebelum Bonny melengkapkan pesta gol pada minit ke-72 hasil gerakan menarik daripada Denzel Dumfries.


Kemenangan ini hadir hanya beberapa bulan selepas kekecewaan di final Liga Juara-Juara apabila Inter tumbang 5-0 kepada Paris Saint-Germain.


“Yang penting, kami bermula dengan baik tanpa bolos. Kami belum berada di tahap 100 peratus, tetapi ini adalah langkah positif. Musim lalu sudah berakhir, sekarang masa untuk bermula semula,” kata Thuram selepas perlawanan.

Comments


bottom of page