Terbuka Silicon Valley: Sivasangari Lolos ke Suku Akhir, Rachel Tersingkir
- E. Guan
- Oct 13
- 1 min read
Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari, melangkah ke suku akhir Kejohanan Terbuka Silicon Valley di Redwood City, Amerika Syarikat, selepas menewaskan wakil Mesir, Kenzy Ayman, pada aksi hari ini.
Bermain di SquashZone, pemain pilihan ketiga kejohanan itu tidak berdepan banyak tentangan apabila menang mudah dalam straight set 11-4, 11-9, 11-8 hanya dalam masa 23 minit.
Dengan kemenangan itu, Sivasangari bakal berdepan pemain tuan rumah, Amanda Sobhy, bagi merebut tempat ke separuh akhir. Amanda sebelum itu turut melakar kemenangan mudah apabila menewaskan pemain Mesir, Nour Aboullmakarim, 11-4, 11-4, 11-3 dalam masa 21 minit.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Rachel Arnold, terpaksa akur selepas tewas kepada pilihan keempat kejohanan, Georgina Kennedy dari England, dalam pertarungan sengit lima set — 11-6, 4-11, 11-9, 8-11, 9-11.







Comments