top of page

Ibu Dakwa Dibuang Anak, Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’

  • Adi Dit
  • Aug 12, 2025
  • 1 min read

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang juga ibu kepada seorang pelakon popular mendakwa dirinya dilayan seperti “anjing kurap” oleh anak kandungnya sendiri sehingga nekad membuat laporan polis.

Wanita itu berkata, anak yang dibesarkannya penuh kasih sayang sanggup “membuang” dirinya selepas berjaya dalam kerjaya seni, walaupun sebelum ini dia banyak berkorban untuk membesarkan dan membantu anak tersebut.


“Saya selalu pesan, bila dah terkenal jangan lupa diri. Tapi bila sudah dikenali, terus lupa. Betul-betul dia buang mak dia. Orang ingat bila dia bagi duit, dia boleh layan akak macam ini,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story.


Dia turut menceritakan bagaimana sanggup bergadai barang kemas, menjual kereta, menjadi pemandu tanpa gaji, dan mengiringi anaknya ke merata tempat di Kuala Lumpur dengan harapan dapat tumpang rasa senang apabila anaknya berjaya.

“Akak dah macam taraf anjing kurap. Semua yang saya buat untuk dia dulu, hilang begitu saja,” luahnya.


Wanita itu turut mendakwa perselisihan faham antara mereka berpunca daripada rasa tidak puas hati anaknya, sehingga sanggup memanggil peguam untuk mengarahkannya keluar dari kereta seolah-olah dia cuba mencederakan anak sendiri.


Dia mendakwa pernah dikunci di dalam kereta sehingga terpaksa memecahkan cermin untuk keluar, selain kini berdepan tindakan undang-undang termasuk injunksi mahkamah.

BH Online telah cuba mendapatkan maklum balas daripada kedua-dua pihak, namun tiada respons. Pihak pengurusan artis terbabit memaklumkan sebarang perkembangan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Comments


bottom of page