Hajiji Noor Menghadap Tun Musa Aman, Dijangka Pohon Perkenan Bubar DUN Sabah
- E. Guan
- Oct 6
- 1 min read
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, pada Isnin.
Kenderaan rasmi yang membawa Hajiji dilihat memasuki perkarangan Istana Seri Kinabalu sekitar jam 8.51 pagi.
Difahamkan, pertemuan tersebut diadakan bagi mendapatkan perkenan bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16.
Mengikut peruntukan Perlembagaan Negeri, DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini.







Comments