top of page

Filem Malaysia-Indonesia ‘The Fox King’ Lakonan Dian Sastrowardoyo ke Festival Filem Toronto

  • Ramesh S
  • Aug 15, 2025
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – The Fox King, hasil kerjasama produksi Indonesia dan Malaysia, telah terpilih untuk tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF) ke-50.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata pemilihan filem itu di salah satu festival filem terbesar dunia membuktikan potensi kerjasama serantau untuk mencipta impak di pasaran antarabangsa.


“Saya sangat berbangga dengan pencapaian filem ini yang berjaya menempah tempat di festival filem terbesar dunia – TIFF ke-50. Pengiktirafan ini pastinya akan membantu meningkatkan mutu dan nilai filem kerjasama antara dua negara jiran kita di pentas global.

“Mudah-mudahan kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai penerbit, pengarah dan produksi tempatan untuk menghasilkan karya berkualiti tinggi seperti The Fox King,” katanya sambil mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan produksi menerusi hantaran di Facebook.


Teo memaklumkan bahawa filem arahan pengarah Malaysia, Woo Ming Jin, yang dibintangi pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo, turut menerima sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melalui Dana Kandungan Kreatif 2023 berjumlah RM1 juta, serta Dana Penyertaan dan Promosi Antarabangsa 2025 berjumlah RM50,000.


Filem ini mengisahkan persaudaraan, kehilangan dan pencarian cinta, yang dipaparkan dengan gaya sinematik unik dari Asia Tenggara.

— Bernama

Comments


bottom of page