top of page

Dua Pelumba Terengganu Sedia Gegar Litar Eropah

  • TW
  • Jun 20, 2025
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2025 – Dua pelumba muda berbakat dari Terengganu, Hakim Danish Ramli dan Qabil Irfan Azlan, akan membawa cabaran Malaysia ke pentas antarabangsa hujung minggu ini apabila mereka bersaing dalam kejohanan berprestij di Eropah, masing-masing beraksi di Itali dan Sepanyol.


Hakim Danish, 17, yang kini mengetuai keseluruhan Red Bull MotoGP Rookies Cup, akan berentap pada Pusingan 4 di Litar Mugello, Itali, dengan sasaran mengekalkan rentak cemerlang yang telah membuahkan 125 mata menerusi lima podium tempat kedua dan satu kemenangan di Aragon.


Beliau menjangka persaingan sengit di Mugello, namun yakin ciri laluan lurus panjang di litar tersebut sesuai untuk strategi slipstream – satu elemen yang menjadi kekuatan rentaknya semasa menjalani latihan intensif di Sepanyol.


Di laluan berbeza, Qabil Irfan, 13, bersaing dalam Pusingan 2 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Talent Cup di Litar Barcelona-Catalunya. Pengendali pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly itu berharap dapat mengulangi prestasi membanggakan selepas mencatat kemenangan dalam Perlumbaan 1 di Jerez pada pembukaan musim ESBK 2025. Dia sudah membuat persiapan rapi dengan sesi ujian di Aragon dan latihan bersama Riders Formation.


Kedua-dua pelumba bola harapan ini kelihatan yakin dan bersedia untuk menambah penaikkan nama mereka serta Malaysia di pentas dunia.

Comments


bottom of page