top of page

“Belum Sedia Ke Pentas” – Eda Ezrin Pilih Beri Tumpuan di Belakang Tabir

  • E. Guan
  • Aug 25, 2025
  • 1 min read

Penyanyi wanita popular dari Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, mengakui dirinya masih belum bersedia untuk membuat persembahan pentas. Menerusi lagu ‘Bae Sobar Bae’, beliau berkata keyakinan untuk tampil secara langsung masih belum ada dan lebih selesa bergerak di belakang tabir.


Ketika ditemui pemberita selepas penggambaran video muzik di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh pada Sabtu, beliau menjelaskan bahawa rakaman itu merupakan kemunculan pertama di khalayak selepas dibebaskan daripada tahanan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, Thailand pada 6 Ogos lalu.


Menurutnya, fokus utama kini adalah membina semula kerjaya seni dengan jadual yang padat bermula Jumaat hingga hujung September, meliputi ulasan produk kecantikan, restoran, kedai makanan serta rakaman lagu untuk dimuat naik di YouTube.


Eda Ezrin turut menzahirkan kesyukuran apabila suami dan empat rakan lain turut dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah Narathiwat daripada pertuduhan memiliki dadah. Katanya, keputusan itu sekali gus membersihkan nama mereka daripada tuduhan berkenaan.


Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh rayuan buat kali keenam. Difahamkan, Mahkamah Wilayah Narathiwat kini sedang menguruskan surat pembebasan sebelum diserahkan kepada pihak penjara.

Comments


bottom of page