top of page

Anwar Gesa Tindakan Tegas Hentikan Buli, Keganasan dan Ugutan Demi Kekalkan Kestabilan Negara

  • Ramesh S
  • Aug 15
  • 1 min read
ree

PUTRAJAYA, 15 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menggesa agensi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan tegas dan berkesan terhadap semua bentuk ancaman kepada kestabilan negara, termasuk perbuatan buli, ugutan jenayah, dan keganasan.


Beliau menegaskan bahawa demokrasi kekal sebagai tonggak pentadbiran negara, sambil memberi amaran bahawa tingkah laku ekstrem, angkuh, dan biadab mesti dihentikan melalui usaha bersama merentasi semua sektor.


“... perbuatan membuli, merendahkan martabat orang lain berdasarkan bangsa, keturunan, warna kulit atau apa jua alasan mesti dan akan dihentikan dengan sepenuh kekuatan tekad kita bersama,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA XX) kali ke-20 di sini, hari ini.


Majlis tahunan itu menjadi platform utama bagi Perdana Menteri untuk berinteraksi secara langsung dengan penjawat awam dan menyampaikan aspirasi beliau untuk negara.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, bersama beberapa menteri kabinet termasuk Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.


Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, juga turut hadir.

— Bernama

Comments


bottom of page