top of page

Viktor Axelsen Umum Perpisahan Selepas Empat Tahun Berumah Tangga

  • Writer: Camelia K
    Camelia K
  • Aug 20
  • 1 min read

Jaguh badminton dunia, Viktor Axelsen, mengumumkan perpisahan dengan isterinya, Natalia Koch Rohde, selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh pemain perseorangan lelaki Denmark itu menerusi platform media sosial X pada Selasa.


Axelsen yang berusia 30 tahun, berkata keputusan itu diambil secara baik antara mereka berdua, dengan keutamaan kini terarah kepada dua anak perempuan mereka.


“Hidup tidak selalu berjalan seperti yang kita rancang. Natalia dan saya telah memutuskan untuk berpisah secara baik. Fokus utama kami adalah buat kedua anak perempuan kami yang luar biasa dan menjadi ibu bapa terbaik buat mereka sepanjang waktu yang sukar ini,” katanya. Beliau turut meminta agar orang ramai menghormati privasi keluarganya.


Axelsen dan Natalia berkahwin pada tahun 2021 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata. Khabar perpisahan ini hadir tidak lama selepas pemain itu mengumumkan penarikan diri daripada Kejohanan Dunia BWF 2025 bagi menjalani pemulihan selepas pembedahan kecederaan, yang dialaminya susulan tersingkir awal di Kejohanan Seluruh England pada Mac lalu.


Sepanjang kariernya, Axelsen pernah meraih pelbagai kejayaan besar termasuk memenangi pingat emas Olimpik sebanyak dua kali serta menjulang gelaran Juara Dunia pada tahun 2017 dan 2022.

Comments


bottom of page