top of page

Sejarah Badminton Malaysia: Dua Beregu Lelaki Negara Kini Teratas Dunia

  • Writer: Camelia K
    Camelia K
  • Jun 11
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Badminton Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila dua beregu lelaki negara kini mengungguli kedudukan teratas dalam ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).


Gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin kekal sebagai beregu nombor satu dunia dengan 91,090 mata, manakala pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik naik satu anak tangga ke tempat kedua dengan 89,870 mata, memintas beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.


Pencapaian ini sekali gus menandakan era baharu kegemilangan badminton negara dalam persaingan global, dengan Malaysia kini memiliki dominasi berganda dalam kategori beregu lelaki dunia.


Sementara itu, kejayaan turut diraih dalam acara beregu wanita apabila pasangan utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah kini berada di ranking ketiga dunia. Ini merupakan kali pertama selepas 16 tahun beregu wanita negara kembali ke kedudukan itu, selepas kali terakhir dicapai oleh Chin Ee Hui-Wong Pei Tty pada tahun 2009.


Kejayaan ketiga-tiga pasangan ini mengukuhkan lagi reputasi Malaysia sebagai kuasa besar dalam dunia badminton dan menyemarakkan semangat menjelang kejohanan-kejohanan utama akan datang.

Comments


bottom of page