PM Anwar: NADMA Benteng Negara yang Terus Dipercayai
- Camelia K
- Oct 1
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 1 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-10 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sambil menyeru agar agensi itu terus menjadi tonggak utama negara dalam menghadapi sebarang krisis bencana.
Dalam satu video ucapan yang dimuat naik ke media sosial, Anwar menyifatkan ulang tahun ke-10 NADMA bukan sekadar meraikan kejayaan lampau, tetapi merupakan titik tolak untuk memperkukuh keupayaan agensi itu bagi menghadapi cabaran masa hadapan.
“Setiap kali bencana melanda sama ada banjir, tanah runtuh, jerebu mahupun pandemik, NADMA sentiasa berada di barisan hadapan. Setiap krisis menjadi bukti kesungguhan mereka dalam melindungi nyawa, harta benda dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” ujar beliau.
Anwar turut menyatakan keyakinannya bahawa seluruh rakyat Malaysia menghargai peranan serta pengorbanan anggota NADMA dalam memastikan negara terus selamat dan berdaya tahan.
NADMA ditubuhkan secara rasmi pada 1 Oktober 2015 bagi mengambil alih peranan utama dalam pengurusan bencana daripada Majlis Keselamatan Negara, susulan insiden banjir besar yang melanda negara ketika Monsun Timur Laut 2014/2015.







Comments