Persiapan SUKMA 2026 Mencapai 50% — Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor
- TW
- Jul 8
- 1 min read
SHAH ALAM, 6 Julai 2025 – Persiapan tuan rumah SUKMA 2026 kini mencapai 50 peratus, menurut Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi. Beliau menjelaskan bahawa kerja-kerja baik pulih dan penaiktarafan kemudahan sukan di seluruh daerah sedang giat dijalankan.
Antara kemudahan yang sedang dinaik taraf termasuk stadium, dewan serta pusat akuatik di peringkat daerah dan bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan. Mohd Najwan menegaskan bahawa usaha mempercepatkan proses ini sedang dilipat gandakan bagi memastikan ia boleh disiapkan sepenuhnya sebelum Mac 2026 — memberi masa yang mencukupi sebelum SUKMA berlangsung pada Ogos tahun hadapan.
Beliau turut menjelaskan bahawa kemudahan seperti Pusat Akuatik Darul Ehsan, Lapang Sasar Subang dan Stadium Hoki Pandamaran turut mendapat perhatian khusus dalam proses penaiktarafan.
Pengumuman ini dibuat selepas Mohd Najwan menghadiri majlis penyampaian Insentif Haji Muassasah dan bantuan komuniti bernilai RM60,000 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di mana beliau turut menegaskan komitmen kerajaan negeri terhadap persiapan menyeluruh SUKMA 2026.







Comments