top of page

Pemain Tengah Sepanyol, Teto Martin Sertai JDT

  • Writer: Camelia K
    Camelia K
  • Jul 30, 2025
  • 1 min read

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperkuat skuadnya bagi menghadapi musim baharu dengan membawa masuk pemain tengah dari Sepanyol, Alberto Martin Diaz atau lebih dikenali sebagai Teto Martin.


Pemain berusia 23 tahun itu diperkenalkan menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers lewat malam tadi.


“Pemain tengah muda Sepanyol kami. Selamat datang ke Johor Darul Ta'zim FC, Teto!,” tulis kelab itu dalam hantaran berkenaan.


Teto akan memakai jersi nombor 20 bersama skuad Harimau Selatan.


Sebelum ini, beliau bermain untuk kelab Sepanyol, CD Tenerife, selama 14 tahun dengan 98 penampilan rasmi dan enam jaringan gol.

Comments


bottom of page