Pearly-Thinaah Naik Ke Tangga Kedua Dunia
- Camelia K
- Jul 30, 2025
- 1 min read
KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah melonjak ke ranking kedua dunia menjelang Kejohanan Badminton Dunia di Paris hujung bulan ini.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan peningkatan tersebut, sekali gus menyaksikan pasangan negara itu naik satu anak tangga daripada kedudukan ketiga sebelum ini.
Beregu China, Liu Sheng Shu-Tan Ning kekal di puncak ranking dunia, manakala gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida berada di tempat ketiga.
Kejayaan ini menjadikan Pearly-Thinaah pasangan Malaysia kedua yang pernah berada dalam kelompok dua terbaik dunia selepas Chin Eei Hui-Wong Pei Tty, yang mencapai status nombor satu dunia pada 2009.
Musim ini, Pearly-Thinaah tampil cemerlang dengan menjuarai Terbuka Thailand pada Mei lalu serta meraih gelaran naib juara di Terbuka Jepun, Indonesia Masters dan Terbuka Indonesia.
Kejohanan Dunia dijadual berlangsung di Paris dari 25 Ogos hingga 1 September ini.



Comments