top of page

Luis Díaz ke Bayern, Liverpool Giat Belanja & Jana Untung Besar

  • A. Zahid
  • Jul 31, 2025
  • 1 min read

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Liverpool, terus mencuri perhatian dalam jendela perpindahan musim panas 2025/2026 bukan sahaja melalui pembelian pemain berprofil tinggi, tetapi juga menerusi hasil penjualan pemain yang menjana pendapatan besar. Sehingga 30 Julai, kelab Merseyside itu telah meraih lebih €133 juta (RM665 juta) hasil pemindahan keluar beberapa pemain utama serta produk akademi.


Penjualan paling signifikan melibatkan pemain sayap Colombia, Luis Díaz, yang berhijrah ke Bayern Munich dengan nilai €70 juta (RM350 juta). Perpindahan ini bukan sahaja menjadi yang tertinggi dalam sejarah jual beli kelab setakat ini, tetapi juga antara yang terbesar dalam sejarah Liverpool. Walaupun pada mulanya menolak tawaran tersebut, Liverpool akhirnya bersetuju berdasarkan nilai tinggi yang ditawarkan, usia Díaz yang semakin meningkat serta kontraknya yang hampir tamat.


Díaz juga dilaporkan berminat untuk mencuba cabaran baharu di Bundesliga. Walaupun kehilangan pemain utama, langkah ini dianggap sebagai keputusan bijak dari sudut kewangan untuk menampung perbelanjaan besar musim ini.


Liverpool telah membelanjakan sekitar €308 juta (RM1.54 bilion) untuk memperkuatkan skuad, termasuk mendapatkan Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen dan Hugo Ekitike dari Eintracht Frankfurt. Turut dibawa masuk ialah penjaga gol Giorgi Mamardashvili, bek kanan Jeremie Frimpong dan pertahanan muda Milos Kerkez, yang dilihat sebagai pelaburan jangka panjang kelab.


Menurut Transfermarkt, walaupun Liverpool masih mencatatkan defisit dalam imbangan pemindahan, kedudukan kewangan kelab kekal stabil hasil strategi perpindahan yang terancang, termasuk melalui penjualan Jarell Quansah ke Bayer Leverkusen dan Trent Alexander-Arnold ke Real Madrid.

Comments


bottom of page