top of page

Lima Lelaki Ditahan Selepas Pergaduhan di Luar Stadium Bukit Jalil

  • Writer: Camelia K
    Camelia K
  • Jun 12, 2025
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Polis menahan lima lelaki warga tempatan berusia antara 19 hingga 27 tahun yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di kawasan tempat letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil.


Insiden berlaku selepas tamat perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam.


Kesemua suspek kini direman sehari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Kes akan dibawa kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.


Klip video pergaduhan berdurasi kira-kira satu minit tular di media sosial dan menunjukkan anggota polis cuba meleraikan kejadian tersebut. Pihak berkuasa menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil menyalurkannya kepada talian hotline polis yang disediakan.

Comments


bottom of page