Kemenangan Bergaya Harimau Malaya: Hannah Ucap Terima Kasih kepada TMJ dan PM
- Camelia K
- Jun 11
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 11 Jun – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan kemenangan 4-0 Harimau Malaya ke atas Vietnam sebagai simbol kebangkitan bola sepak negara, hasil kepimpinan berwawasan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau merakamkan penghargaan kepada kedua-dua tokoh itu atas semangat dan sokongan berterusan kepada pasukan kebangsaan.
“Tahniah kepada jurulatih Peter Cklamovski dan semua pemain. Kemenangan ini menamatkan kemarau 11 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam,” tulisnya.
Aksi Kelayakan Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil disaksikan lebih 61,000 penyokong, dengan suasana gegak-gempita dari Ultras Malaya mencipta momen manis buat seluruh rakyat Malaysia.
Antara penjaring gol dalam perlawanan tersebut ialah Joao Figueiredo (juga dinobatkan pemain terbaik), Rodrigo Holgado, La’Vere Corbin Ong dan Dion Cools. Malaysia kini mendahului Kumpulan F dengan enam mata, mengatasi Vietnam dan Laos yang masing-masing mengutip tiga mata. Nepal kekal di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
“Terima kasih TMJ, terima kasih PMX. Selamanya Harimau Malaya,” ujar Hannah dalam penutup catatannya.







Comments