Kelantan TRW Benam KL City 3-1, Kejutkan Penyokong di Kota Bharu
- Adi Dit
- Aug 19, 2025
- 1 min read
KOTA BHARU – Kelantan The Real Warriors (TRW) menghadiahkan kejutan manis buat penyokong di Stadium Sultan Muhammad IV apabila menundukkan Kuala Lumpur City FC 3-1 dalam aksi Piala FA.
Tuan rumah bermula garang apabila kapten, Ifedayo Omosuyi, meledak gol seawal minit ke-5, sebelum menggandakan jaringan peribadi pada minit ke-17 untuk meletakkan TRW selesa di hadapan.
Kelantan terus mengukuhkan dominasi menerusi penyudah penyerang Sean Selvaraj pada minit ke-65. KL City hanya mampu meraih gol saguhati di penghujung perlawanan hasil rembatan Syamer Kutty Abba pada minit ke-86.
Dengan kemenangan ini, TRW membawa bekalan selesa menjelang aksi kedua pusingan 16 terbaik yang dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 14 September depan.



Comments