top of page

Kekalahan Kedua Selangor, Kinoshi Kecewa Prestasi Pasukan

  • E. Guan
  • Aug 25
  • 1 min read

Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi menyifatkan perlawanan malam tadi sebagai aksi paling buruk sepanjang kariernya, baik ketika bergelar jurulatih mahupun pemain.


Selangor terlebih dahulu berada di depan pada babak pertama melalui tandukan Richmond Ankrah, namun gagal menambah jaringan meskipun memiliki beberapa peluang jelas.


Kekalahan ini menjadi yang kedua buat The Red Giants dalam tiga perlawanan Liga Super 2025/26, selepas tewas kepada Johor Darul Ta'zim pada aksi sumbangsih pembukaan musim.


“Bagi saya, perlawanan ini adalah yang paling teruk dalam hidup saya, sama ada sebagai jurulatih atau pemain, memang sangat mengecewakan. Kami mencipta banyak peluang pada separuh masa pertama dan kedua, tetapi gagal menjaringkan gol kedua. Lawan tampil kuat dan kami dihukum. Jelas sekali kami tidak cukup baik,” katanya.

Comments


bottom of page