Kejohanan Dunia 2025: Wei Chong-Kai Wun Lakar Kemenangan, Tempah Slot ke Pusingan Ketiga
- Camelia K
- Aug 27, 2025
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2025 — Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2025 selepas mencatat kemenangan dramatik ke atas pasangan tuan rumah, Christo dan Toma Junior Popov, dalam aksi yang berlangsung di Adidas Arena, Paris.
Walaupun memperoleh bye di pusingan pertama, pasangan pilihan ketujuh itu terpaksa bekerja keras sebelum memastikan kemenangan tiga set ke atas gandingan adik-beradik Perancis itu dengan keputusan 21-15, 13-21, 21-19 dalam pertarungan selama 65 minit.
Bakal Bertemu Gandingan England di Pusingan Ketiga
Kemenangan itu menyaksikan Wei Chong-Kai Wun akan berdepan beregu England, Ben Lane-Sean Vendy, pada aksi seterusnya.
Gandingan Lane-Vendy terdahulu menempah tempat ke pusingan ketiga selepas menundukkan pasangan dari Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang, dengan keputusan straight set 21-18, 21-16.
Aksi pusingan ketiga dijangka berlangsung sengit memandangkan kedua-dua pasangan pernah bertemu dalam beberapa kejohanan utama sebelum ini.



Comments