top of page

KBS Peruntuk RM1 Juta Tingkatkan Pembangunan Sukan Badan Beruniform

  • TW
  • Jul 8
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membangunkan serta memperkasakan program sukan dalam kalangan badan beruniform melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) .


Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Badan Beruniform, menyatakan bahawa inisiatif tersebut bertujuan mengenal pasti dan memupuk bakat atlet dalam pasukan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Penjara dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Beliau menyatakan bahawa badan beruniform telah lama menjadi penyumbang besar kepada kontinjen Malaysia dalam pelbagai temasya sukan antarabangsa.


Dana RM1 juta ini akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan sukan, membeli peralatan, menganjurkan latihan intensif serta kejohanan khas. Beberapa sukan tumpuan, antaranya memanah dan menembak, telah menunjukkan kejayaan yang luar biasa, termasuk atlet seperti Saritha Cham Nong dari ATM yang memenangi emas dalam kejohanan memanah Piala Asia, dan Erma Firyana Saroji dari PDRM yang meraih emas Sukan Komanwel 2018 serta gangsa di dunia lawn bowls indoor 2025 .


Hannah turut menegaskan sokongan khusus diberikan kepada sukan petanque untuk JPM dan ping pong untuk JBPM, selari dengan usaha memperluas program pembangunan bakat dalam kalangan anggota beruniform sebagai pelapis negara.


Mesyuarat juga membincangkan cadangan memperkenalkan sukan baharu seperti akuatik (open water), ping pong serta mendaki, selain mengkaji penyertaan badan beruniform semula dalam temasya SUKMA serta cadangan pelantikan atlet paralimpik ke dalam pentadbiran mereka, sejajar dasar penghantaran golongan OKU dalam perkhidmatan awam.


Peruntukan ini diharap dapat menyediakan platform lebih baik bagi anggota beruniform untuk mengasah kemahiran sukan, meningkatkan kecemerlangan dan memberi impak positif kepada pembangunan sukan negara secara keseluruhan.

Comments


bottom of page