top of page

Jean-Paul de Marigny Dilantik Ketua Jurulatih Baharu Sabah FC

  • Writer: Camelia K
    Camelia K
  • Aug 14, 2025
  • 1 min read

KOTA KINABALU – Sabah FC secara rasmi melantik Jean-Paul de Marigny dari Australia sebagai ketua jurulatih baharu pasukan The Rhinos bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.


Pelantikan ini berkuat kuasa serta-merta dan diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi oleh Sabah FC semalam.


Jean-Paul bukan nama asing dalam dunia bola sepak, khususnya di Australia. Beliau mempunyai rekod pengalaman luas bersama kelab-kelab utama seperti Western Sydney Wanderers, Newcastle Jets dan Melbourne Victory. Sepanjang kariernya, beliau telah merangkul kejuaraan Liga Australia (A-League) pada musim 2014/15 dan 2017/18.


Selain pengalaman di peringkat kelab, Jean-Paul juga pernah berkhidmat bersama skuad kebangsaan Australia dalam pelbagai peringkat umur. Terkini, beliau bertindak sebagai penolong jurulatih kepada Brad Maloney untuk skuad bawah 17 tahun negara itu.


Pelantikan ini dilakukan selepas Sabah FC menamatkan musim 2024/2025 dengan pencapaian tempat ketiga dalam Liga Super, di bawah bimbingan jurulatih Slovakia, Martin Stano. Pasukan itu mengumpul 40 mata keseluruhan sepanjang musim lalu.


Kehadiran Jean-Paul dilihat sebagai usaha baharu Sabah FC untuk membawa nafas segar dan mencabar kedudukan teratas liga musim depan.

Comments


bottom of page